ATURCARA AM PERJALANAN UMRAH
12 Hari 10 Malam
Kuala Lumpur - Jeddah (KUL/JED)
Jeddah - Kuala Lumpur (JED/KUL)
HARI 01 KUALA LUMPUR / JEDDAH / MADINAH
Para jemaah diminta berada di KLIA 1 (Balai Berlepas) 4 jam sebelum waktu berlepas. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah perlu memastikan telah selesai melaksanakan ujian PCR dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh petugas. Jemaah diwajibkan untuk install aplikasi Tawakkalna & Eatmarna dalam telefon bimbit masing-masing.
-
Tawakkalna – Untuk memantantau kesihatan & pergerakan jemaah (seperti MySejahtera).
-
Eatmarna – Untuk memohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam.
HARI 02 MADINAH
Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah jemaah akan menaiki bas meneruskan perjalanan ke Madinah, dan jemaah boleh berehat di hotel.
HARI 03 MADINAH - ( ZIARAH DALAM )
Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Taman Saqifah Bani Sa’dah, Maqam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.
HARI 04
Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi. Lepas isyak taklimat pergerakan ke Makkah.
HARI 05 MADINAH ( ZIARAH LUAR )
Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, melalui MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak).Tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi. Selepas makan malam akan disampaikan taklimat pergerakan ke Makkah.
HARI 06 MADINAH / MAKKAH
Jemaah dinasihatkan melakukan ziarah Wada’,pada waktu pagi selepas selesai sarapan. Selepas Solat Zohor para jemaah akan memulakan pergerakan ke MAKKAH AL-MUKARRAMAH. Di dalam perjalanan singgah sebentar di MASJID BIR-ALI untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di MAKKAH, para jemaah akan dibawa ke hotel dan kemudiannya dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. Mutawwif akan membimbing dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.
HARI 07 MAKKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah perlu memohon sendiri dalam Aplikasi Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.
HARI 08 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjidil Haram.
HARI 09 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjidil Haram.
HARI 10 MAKKAH
Jemaah bebas melaksanakan ibadah di Masjidil Haram.Taklimat pergerakan pulang ke Malaysia selepas makan malam.
HARI 11 MAKKAH / JEDDAH
Pada sebelah pagi jemaah bebas beribadah di Masjidil Haram. Melakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Airport Jeddah , dan meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
HARI 12 MALAYSIA
Tiba di KLIA.
** Aturcara dan jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS dan KELULUSAN VISA